TEL : +60173760139

Mengenai Saidina Excel Services Sdn Bhd

Saidina Excel Canopy

SAIDINA EXCEL CANOPY  dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Saidina Excel Services Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 25 Januari 2005 pada awalnya menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi untuk orang perseorangan bagi majlis-majlis khenduri kahwin dan seumpamanya di sekitar Batang Kali. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan katering dan pengangkutan lori.
Pada tahun 2008, dengan usaha yang gigih Pengasas syarikat ini, En. Saidon Bin Mohd Sohor,  ia telah berkembang pesat dengan memberi khidmat sewaan dan membekalkan kanopi ke seluruh daerah Hulu Selangor.

Pada tahun 2010, En Saidon telah bergabung bersama En Md Azhan selaku Pengurus Besar - Pemasaran dan Pentadbiran telah melebarkan perkhidmatannya membekalkan kanopi dan kanvas serta peralatan kepada pengusaha-pengusaha kanopi di seluruh Malaysia, serta memberikan khidmat sewa kanopi, katering dan pengangkutan kepada penduduk setempat. Saidina Excel Canopy terus berkembang pesat dan aktif memberikan perkhidmatan yang lebih profesional dengan memiliki organisasi yang lebih tersusun. 

Dengan Pengurusan dan Pentadbiran yang lebih mantap, syarikat ini telah bekerjama dengan rakan kongsi dalam bidang pembuatan kanopi serta kerusi plastik dengan kapasiti yang besar menjadikan syarikat ini lebih berdaya maju. Syarikat ini mampu membekalkan kanopi berkualiti tinggi dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.  

Pada tahun 2012, Saidina Excel Canopy telah menghasilkan laman web yang lebih dinamik, informatif dan mesra pengguna dengan menawarkan berbagai produk kanopi dan kanvas serta kelengkapan samada untuk jualan atau sewaan. Dengan tawaran yang menarik beserta dengan harga yang murah bagi produk yang sangat berkualiti, Saidina Excel Canopy berjaya menarik ramai pelanggannya untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. 

Pada tahun 2013, Saidina Perabot telah ditubuhkan yang menjalankan perniagaan pembekalan perabot pejabat terus dari kilang. Saidina Perabot membekalkan berbagai jenis perabot pejabat dan sekolah berkualiti sperti mkerusi, meja, laci rak, papan kenyataan dan sebagainya mengikut keperluan pelanggan.

Pada tahun 2014, Website Mudah | One Stop Canopy & Furniture telah dihasilkan yang berkonsepkan kedai / stor online yang memudahkan pelanggan dan pengunjung laman web membuat pembelian / tempahan secara terus. Laman web ini menawarkan semua jenis produk Saidina Exel Canopy dan Saidina Perabot berkualiti dengan harga yang murah dan boleh diakses dari seluruh dunia.
Saidina Excel Canopy telah membuat perancangan yang lebih rapi dan inovatif bagi setiap aspek dalam pentadbiran, operasi, logistik, pemasaran serta jualan. Syarikat ini mempunyai visi dan misi yag lebih besar ke arah memberikan perkhidmatan dan kualiti produk ke tahap yang paling tinggi. Usaha yang berterusan dilakukan untuk mempertingkatkan keupayaan syarikat dengan meluaskan skop kepakaran serta meneroka pasaran yang lebih luas dengan cabaran yang lebih besar.
Saidina Excel Canopy mempunyai pasukan yang dilatih khas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta cekap dalam bidang masing-masing. Kualiti dan kepuasan pelanggan amat dititkberatkan yang menjadi asas dalam semua aktiviti syarikat ini.
Syarikat ini sentiasa membuat penyelidikan dari segi kualiti produk, harga, khidmat pelanggan, pemasaran dan yang paling penting adalah kepuasan pelanggan. Setiap aspek akan diambil kira bagi memantapkan pasukan, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Perkhidmatan yang ditawarkan:

1. Membekalkan semua jenis khemah, marquee tent dan kanvas.
2. Membekalkan peralatan dan kelengkapan kanopi.
3. Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha kanopi baru dan lama.
4. Memberi khidmat sewaan kanopi.
5. Memberi Khidmat Katering.
6. Memberi Khidmat Pengangkutan (lori).
7. Memberi Perkhidmatan pembinaan laman web.
8. Membekalkan perabot dan peralatan pejabat.
Populariti Laman Web Saidina Excel Canopy telah meningkat hasil sambutan yang sangat menggalakkan dari pelanggan:
Page Rank Check saidinaxlcanopy.com.my Alexa/PageRank

Ini adalah hasil usaha gigih serta komitmen yang diberikan yang mendapat kepercayaan serta kepuasan setiap pelanggan.

Antara sijil-sijil pendaftaran syarikat dan pembekalan:
saidina ssm saidina mof saidina ukm

Antara Syarikat-syarikat yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Syarikat Saidina Excel Canopy:

PAID KKB - Pejabat Agama Islam
MAIS Zakat Sdn Bhd
Yayasan Islam Darul Ehsan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pejabat Pembangunann Negeri Johor
MISC Berhad
Alfafa Group
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Tasek Technology Sdn Bhd
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lumina Kiara Property Management Sdn Bhd
Cads Enhancement Centre Sdn Bhd
Tanming Raya Sdn Bhd
KPS-HCM Sdn Bhd
Baseerah International School
Pembinaan TLN Sdn Bhd
Darul Dinasti Sdn Bhd
Parol Negeri Kuala Lumpur
Masjid Al Zakirin Selayang
Surau Al Mukarramah Shah Alam
Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
Mewah Kota Sdn Bhd
Masjid Jamek Kuala Lumpur
Tentera Udara Di Raja Malaysia TUDM
Tentera Laut Di Raja Malaysia TLDM
Koperasi Komuniti Kg Kilim Langkawi Bhd
Jabatan Perakaunan Negara
Gamuda Water Sdn Bhd
Puncak Niaga Sdn Bhd
Jord (M) Sdn Bhd
CIMB Btg Kali
MMC-Gamuda KVRT
Zastra Sdn Bhd
Adimega Sdn Bhd
Mega Mewah Sdn Bhd
Ceruk Kampong Food Industries Sdn Bhd
Koperasi Wawasan Seroja Sepang Berhad
Koperasi Sambulayang Semporna Sabah Berhad
Koperasi Peneroka Felda Mata Air Perlis Berhad
Kemaman Bitumin Company Sdn Bhd
Bir Ha Management Sdn Bhd
Seri Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Amat Sinar Sdn Bhd
Kolej Komuniti Hulu Selangor
Institut Profesional Baitulmal, KL
Universiti Kebangsaan malaysia
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM, Jeli, Kelantan
Hotel Singgahsana
Hotel Seri Malaysia
Yen Bee Auto, Cheras
Syarikat BK, Kuching, Sarawak
Gofocus International Sdn Bhd
Jurus Positif Sdn Bhd, Petaling Jaya
JR Success Group Sdn Bhd, Kelana Jaya
OMG Brands
Bestway Resources
LNS Hardware, Kuala Terengganu
Moly Arts Sdn Bhd, Kuantan
Rashtahul Resources
SMK Jerangau, Dungun
SMK Seksyen 7, Shah Alam
SMK Seri Bentong, Karak
Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban
Masjid Kubang Ikan, Terengganu
Surau Syukuriah Prima Saujana
Surau At-taufiqiah Jalan Menteri KL
Surau Al Falah Kota Damansara
Surau Al Ikhwan Tg Malim
Surau Al Hidayah, Kuala Langat
Surau An Naim, Huku Bernam
Rumah Anak2 Yatim
Pengusaha2 Kanopi serta individu2 perseorangan di seluruh Malaysia
dan banyak lagi...

Di samping itu juga Syarikat ini juga memberi latihan pemasangan kanopi serta pembnaan laman web secara percuma kepada pegusaha-pengusaha kanopi yang mendapatka bekalan kanopi dari Saidina Excel Canopy.

Kami juga memberi ruang kepada pengusaha kanopi yang lain khususnya pembeli kanopi dari syarikat Saidina Excel Canopy dengan menyenaraikan mereka dalan senarai pengusaha kanopi berdaftar yang memudahkan mereka medapatkan pelanggan bagi perkhidmatan sewa kanopi untuk penduduk setempat. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.